vacation at bukit merah dan penang weekend

last week kimie dan family kimie rancang la melacong ke negeri Perak.. saje la nak g sana kebetulan bangcik aku nak balik umah mertua dia.. so abah pun bg la cadangan nak join sekali diorang balik ke taiping... so pagi jumaat tu pun bermulalah perjalanan yang menggunakan 2 buah kereta.. keta mercedes abah kimie dan kete wira kimie... waktu nak g tu kimie la drive sowang 2 .. opss lupa laks nak bgtau sape yang gi sana.. yang g sana abah ngan mama.. bgcik , kas farah.. tsaqif .. kimie dan adik kimie.
sampai aje umah tok latif kami terus dihidangkan dengan makan tengahari... sedap gak masakan kampung... ada banyak masakan seafood... ketam masak lemak cili padi... lokan (macam kepah jugak la.) ... ikan kering... gulai udang sungai... dan macam 2 jenis ulam... lajak gak la makan time tu...
lepas makan apa lagi landing time la dalam bilik bgcik aku... kat 2 jam gak la tidur kekenyangan.. hahaha lawak la.. so petang kami pun berangkat la... hari dah petang malas lak nak drive terus nak balik kedah.. kebetulan mmg dah bawak bekal pakaian dalam kete .. so kiorangpun terus lah ke BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT .. di sana kami sewa apartment kat situ.. dapat la RM 150 semalaman.. agak murah jugak ada 3 bilik tidur siap dapur .. sebelah tu ada swimming pool lak kepunyaan club house kawasan apartment tersebut.

keeseokan paginya lepas sarapan pagi .. apa lagi acara memandi manda la kat dalam kolam tu... saje je.. nak mandi dalam resort x padan sorang rm 25 ... kira la kalau 7 orang... baik pakai wang tu g jalan 2 kat penang... so dalam kul 12 kitaorang pun g la kat penang.. saje la g jalan 2 kat padang kota.. komtar.. dan malam g makan malam kat restoran kapitan.. waktu balik tu kami naik feri sebab dekat ngan kawasan feri dah... lepas tu kami pun pulang la ke rumah.

Category: 0 comments

0 comments: