bulan mei yang lalu kimie dan ayah kimie dapat berpeluang mengerjakan umrah.. Alhamdulillah syukur kepadaNya sebab kimie dapat juga akhirnya menjejakan kaki ke tanah suci itu.. kimie bertolak dengan menggunakan pesawat GULF air .. dan kimie singgah dan tidur semalaman di Bahrain.. Cantik jugak bahrain ... maklumlah negara orang kaya. so keesokannya kimie bertolak ke Jeddah sampainya kat jeddah time tu kimie sudah berihram... lama gak laaa kimie tunggu nak lepas immigrasyen kat situ.. dari zohor sampai asar... so dalam pukul 6.30 ptg waktu mekah kimie pun bertolak la ke Mekah dan terus menuju ke hotel... dalam bas semua jemaah yang sekumpulan dengan kimie pun terlena sebab keletihan.. sampai aje kat mekah semua jemaah telah dikejutkan oleh ketua rombongan (ayah kimie ) memberi penerangan dan ada baca doa sikit. sampai aje kat hotel kami pun turun dan barang 2 semua telah diangkat oleh pekerja hotel... so semua jemaah naik ke dewan makan untuk makan malam... lepas makan malam semua jemaah sudah tunggu di lobi hotel untuk ke MASJIDILHARAM untuk menunaikan solat Jamaa Maghrib dan Isya dan mengerjakan umrah wajib yang diketuai oleh Mutawif... selesai aje mengerjakan umrah semua jemaah pulang ke hotel dan berehat... hari kedua x banyak sangat aktiviti .. semua jemaah berehat dan berulang alik ke Masjid untuk mengerjakan solat waktu berjemaah. hari ke 3 selepas subuh semua jemaah siap berihram dan bersiap untuk menaiki kenderaan untuk ke Tanaa`im untuk berniat umrah.. selapas itu semua jemaah pulang ke masjidilharam... selepas itu macam biasa la aktiviti bebas..dan berehat.. sehinggalah pada hari ke 11 kami semua bertolak ke Madinah... sampai di MADINAH kami semua ditempatkan di hotel untuk makan tengahari. selepas itu naik ke bilik masing 2 untuk pergi ke Masjid Nabawi (MASJID NABI) . kemudian kami pun turun la berjalan berjemaah dan menunaikan solat zohor... Selepas solat zohor kami pun pergilah menziarah MAKAN NABI MUHAMMAD SAW dan para sahabat.. selepas itu berkumandang lah azan asar dan kami bersolat berjemaah.. sampailah hari ke terakhir kami di tanah suci kami pun bertolak lah ke jeddah untuk menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia... Rindu rasanya nak ke nak ke tanah suci lagii... Rindunya nak bersolat depan Baitullah... ternampak 2 lagi suasana di sana... (nie kimie cerita secara ringkas aje... banyak lagi kalau nak cerita perabih)
last week kimie dan family kimie rancang la melacong ke negeri Perak.. saje la nak g sana kebetulan bangcik aku nak balik umah mertua dia.. so abah pun bg la cadangan nak join sekali diorang balik ke taiping... so pagi jumaat tu pun bermulalah perjalanan yang menggunakan 2 buah kereta.. keta mercedes abah kimie dan kete wira kimie... waktu nak g tu kimie la drive sowang 2 .. opss lupa laks nak bgtau sape yang gi sana.. yang g sana abah ngan mama.. bgcik , kas farah.. tsaqif .. kimie dan adik kimie.
sampai aje umah tok latif kami terus dihidangkan dengan makan tengahari... sedap gak masakan kampung... ada banyak masakan seafood... ketam masak lemak cili padi... lokan (macam kepah jugak la.) ... ikan kering... gulai udang sungai... dan macam 2 jenis ulam... lajak gak la makan time tu...
lepas makan apa lagi landing time la dalam bilik bgcik aku... kat 2 jam gak la tidur kekenyangan.. hahaha lawak la.. so petang kami pun berangkat la... hari dah petang malas lak nak drive terus nak balik kedah.. kebetulan mmg dah bawak bekal pakaian dalam kete .. so kiorangpun terus lah ke BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT .. di sana kami sewa apartment kat situ.. dapat la RM 150 semalaman.. agak murah jugak ada 3 bilik tidur siap dapur .. sebelah tu ada swimming pool lak kepunyaan club house kawasan apartment tersebut.
keeseokan paginya lepas sarapan pagi .. apa lagi acara memandi manda la kat dalam kolam tu... saje je.. nak mandi dalam resort x padan sorang rm 25 ... kira la kalau 7 orang... baik pakai wang tu g jalan 2 kat penang... so dalam kul 12 kitaorang pun g la kat penang.. saje la g jalan 2 kat padang kota.. komtar.. dan malam g makan malam kat restoran kapitan.. waktu balik tu kami naik feri sebab dekat ngan kawasan feri dah... lepas tu kami pun pulang la ke rumah.
Hai lama kimie x update blog.. bie saje la semlam cek cek dalam album kat pc adik laptop kat umah ada la gamba anak buah kimie nie... saje la g tangkap kat Booth Anakku untuk peraduan bayi comel untuk tahun 2009. nie ha gambar dia... suka sangat sengih macam pakndak dia.
hari nie macam biasa la aku g opis... sebelum g opis aku g la kat makcik bawah pokok tu untuk sarapan.. ari nie menu aku roti jala berkuahkan kari ayam.. sedap gak la... kira 2 ada 4 keping kot... satu set nie harga dia RM 2 aje.. isi ayam ada banyak ketul.. kalau sape sape nak order leh la order...
1. berapakah umur anda?
25 tahun 5 bulan
Alor Setar, Kedah
anak ke 3 dari 4 adik beradik.. semua hero belaka ... jenuh mak aku ngsuh
sek. men keb tunku abdul malik alor setar
5. bila kali terkahir anda memotong rambut?
bulan lepas kot sebab biasa la sebulan sekali gunting
6. shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
CLEAR for man ( nama saya rain)
7. anda gemar menjahit? kalau tidak, nyatakan sebab?
8. bila berada dirumah, adakah anda suka menghias diri?
lelaki biasa la .. dedorent.. body spay.. perfume dan minyak rambut
basuh pinggan sebab belengas
dapat seruan pergi umrah
dapat hadiah dari puteri
dapat tengok wayang dengan puteri filem cicakman II
ermmm nak suruh sape wat lak ea..
puteri 70007
zareena_aurora
aileen
sideburn_macho
Sally
saje la test test buka page utk edit gambor jum lak satu page nie... cantik gak wat gambar edit nie... kalau korang nak try .. bukak la www.effmypic.com .. banyak leh wat .. nie antara yang kimie sempat wat .. hahahaha... handsome kan
pagi tadi saje la macam mana aku rajin sangat nak jadi chef... lawak x .. macam x percaya kan.. inilah kimie .. impian nak jadi chef x jadi. pagi nie mak aku la suruh aku wat cucur... sedap tau rugi sapa x rasa.. cempedak tu la semalam kak ipar aku beli time dia balik keje semalam. saje la aku tgk buah cempadak tu sebelum tidur semalam... picit 2 macam dah nak masak dah.. so aku mengambik pisau dan belah buah tersebut. nie la kimie nak kongsi cara 2 wat cucur cempedak.
bahan bahan
- buah cempedak yang diambil ulasnya
- tepung jawi atau tepung beras.
- air
- garam secukup rasa.
- minyak untuk menggoreng
cara cara membuatnya
- masukan tepung.. air didalam satu bekas .. masukan garam secukup rasa... dan gorenglah cucur cempedak ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya.. goreng hingga warna perang kekuningan... angkat dan sedia untuk dihidangkan
Semalam aku dan family g PIZZA HUT cawangan baru yang terletak dalam bandar ALOR SETAR......saje la semalam abg aku bg cadangan nak g makan kat sana ... so dalam kul 9 kami keluar laa.. yang g sana aku... abg long aku.. bangcik dan bini dan anak menakan aku… pas tu pakat oder la termasuk budak kecik tu… hahahah… tengah 2 dok menyembang tu anak saudara aku tu menangis nak soup so aku la jadi pengasuh.. hahaha.. pas makan kami pun tong tong duit nak bayar .. maklumlah tengah tengah bulan nie sapa la nak berani open table. Hahaha jam 11.30 malam aku pun balik la umah… (bukan jauh sangat pun)