bulan mei yang lalu kimie dan ayah kimie dapat berpeluang mengerjakan umrah.. Alhamdulillah syukur kepadaNya sebab kimie dapat juga akhirnya menjejakan kaki ke tanah suci itu.. kimie bertolak dengan menggunakan pesawat GULF air .. dan kimie singgah dan tidur semalaman di Bahrain.. Cantik jugak bahrain ... maklumlah negara orang kaya. so keesokannya kimie bertolak ke Jeddah sampainya kat jeddah time tu kimie sudah berihram... lama gak laaa kimie tunggu nak lepas immigrasyen kat situ.. dari zohor sampai asar... so dalam pukul 6.30 ptg waktu mekah kimie pun bertolak la ke Mekah dan terus menuju ke hotel... dalam bas semua jemaah yang sekumpulan dengan kimie pun terlena sebab keletihan.. sampai aje kat mekah semua jemaah telah dikejutkan oleh ketua rombongan (ayah kimie ) memberi penerangan dan ada baca doa sikit. sampai aje kat hotel kami pun turun dan barang 2 semua telah diangkat oleh pekerja hotel... so semua jemaah naik ke dewan makan untuk makan malam... lepas makan malam semua jemaah sudah tunggu di lobi hotel untuk ke MASJIDILHARAM untuk menunaikan solat Jamaa Maghrib dan Isya dan mengerjakan umrah wajib yang diketuai oleh Mutawif... selesai aje mengerjakan umrah semua jemaah pulang ke hotel dan berehat... hari kedua x banyak sangat aktiviti .. semua jemaah berehat dan berulang alik ke Masjid untuk mengerjakan solat waktu berjemaah. hari ke 3 selepas subuh semua jemaah siap berihram dan bersiap untuk menaiki kenderaan untuk ke Tanaa`im untuk berniat umrah.. selapas itu semua jemaah pulang ke masjidilharam... selepas itu macam biasa la aktiviti bebas..dan berehat.. sehinggalah pada hari ke 11 kami semua bertolak ke Madinah... sampai di MADINAH kami semua ditempatkan di hotel untuk makan tengahari. selepas itu naik ke bilik masing 2 untuk pergi ke Masjid Nabawi (MASJID NABI) . kemudian kami pun turun la berjalan berjemaah dan menunaikan solat zohor... Selepas solat zohor kami pun pergilah menziarah MAKAN NABI MUHAMMAD SAW dan para sahabat.. selepas itu berkumandang lah azan asar dan kami bersolat berjemaah.. sampailah hari ke terakhir kami di tanah suci kami pun bertolak lah ke jeddah untuk menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia... Rindu rasanya nak ke nak ke tanah suci lagii... Rindunya nak bersolat depan Baitullah... ternampak 2 lagi suasana di sana... (nie kimie cerita secara ringkas aje... banyak lagi kalau nak cerita perabih)
Category: 1 comments

1 comments:

puteri_7007 said...

so sweet darling... insyaAllah ada rezeki baby dapat ke sana lg..untuk menunaikan haji pula :) syg nk pi jugak hehhe :D